Kenapa Pilih XpressRENEW?

Kelulusan dalam 30 minit

Kelulusan dalam 30 minit

Tiada Dokumen diperlukan

Tiada dokumen diperlukan

Pembayaran balik hingga 36 bulan

Pembayaran balik hingga 36 bulan

Same Day Collection

Same Day
Collection

Low Monthly Payment

Kelulusan dalam 30 minit

Approval in 30 minutes

Tiada dokumen diperlukan

Hassle Free

Pembayaran balik hingga 36 bulan

Same Day Collection

Same Day Collection

Cara mendaftar XpressRENEW

LANGKAH 1 Lawati mana-mana kedai Senheng di seluruh negara

LANGKAH 1

Lawati mana-mana kedai Senheng di seluruh negara

LANGKAH 2 Isi dan serahkan permohonan secara digital

LANGKAH 2

Isi dan serahkan permohonan secara digital

LANGKAH 3 Buat pembayaran untuk program tersebut dan bayaran bulan pertama

LANGKAH 3

Buat pembayaran untuk program tersebut dan bayaran bulan pertama

LANGKAH 4 Dapatkan peranti anda pada hari yang sama

LANGKAH 4

Dapatkan peranti anda pada hari yang sama

LANGKAH 1 Lawati mana-mana kedai Senheng di seluruh negara

LANGKAH 1

Lawati mana-mana kedai Senheng di seluruh negara

LANGKAH 2 Isi dan serahkan permohonan secara digital

LANGKAH 2

Isi dan serahkan permohonan secara digital

LANGKAH 3 Buat pembayaran untuk program tersebut dan bayaran bulan pertama

LANGKAH 3

Buat pembayaran untuk program tersebut dan bayaran bulan pertama

LANGKAH 4 Dapatkan peranti anda pada hari yang sama

LANGKAH 4

Dapatkan peranti anda pada hari yang sama

iPhone 12 Pro Max
iPhone 12 Pro
iPhone 12
iPhone 12 mini
iPhone 11 Pro Max
iPhone 11 Pro
iPhone 11
iPhone XR
iPhone SE
ipad air 4 gen wifi
ipad pro 11
ipad pro 12
ipad pro 12
ipad mini 5
M1 Air
M1 Pro
i5pro

general - program

  1. Apakah program “Xpress RENEW”?

    Program "Xpress RENEW” adalah sebuah program yang membolehkan anda untuk menikmati peranti baru pada setiap 24 bulan atau 36 bulan dengan langganan bulanan yang rendah.

  2. Apakah peranti yang terdapat dalam program ini?

    Program "Xpress RENEW” menawarkan pelbagai model yang terkini. Untuk senarai peranti yang terkini, sila rujuk kepada cawangan-cawangan Senheng yang mengambil bahagian.

  3. Bolehkah saya mendaftar untuk lebih daripada satu peranti di bawah program ini?

    Tidak boleh. Setiap pelanggan cuma boleh mendaftar kad pengenalan mereka untuk satu peranti di bawah program ini.

  4. Siapakah yang layak mendaftar untuk program ini?

    Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dengan MyKad berwarna BIRU layak mendaftar untuk program ini.

  5. Adakah saya memiliki peranti, di bawah program ini?

    Tidak. Selama tempoh kontrak, hak milik peranti adalah dengan Terra Optimus Pearl Sdn. Bhd. (TOP).

  6. Adakah saya perlu menggunakan kad kredit/debit atau dokumen sokongan yang lain untuk permohonan program ini?

    Tidak. Apa yang anda perlu bawa bersama kedai adalah kad pengenalan anda dan kakitangan stor kami akan membantu anda dalam proses pendaftaran.

soalan umum - naik taraf ke peranti baru

  1. Bolehkah saya menaik taraf peranti saya sebelum kontrak berakhir?

    Tidak. Masa untuk menaik taraf peranti adalah terhad kepada bulan yang ke 25 (untuk program 24 bulan) dan pada bulan yang ke 37 (untuk program 36 bulan).

  2. Apa yang akan berlaku selepas kontrak saya tamat?

    Selepas tamat kontrak, anda boleh mengembalikan peranti yang lama dan menaik taraf ke peranti yang baru. Senario seperti di bawah:

    Senario Pelanggan Akan Mendapat
    Naik Taraf dan mengembalikan peranti yang lama Peranti yang baru, kupon dan Pulangan Tunai
    Tidak kembali peranti Tiada

soalan umum-kehilangan/kecurian/kerosakan

  1. Apakah yang akan berlaku jika peranti saya dicuri?

    Program ini tidak termasuk perlindungan kecurian; oleh itu anda perlu terus membayar sehingga akhir kontrak.

  2. Apakah yang akan berlaku jika peranti saya rosak sehingga tidak dapat diperbaiki?

    Program ini tidak termasuk perlindungan peranti; oleh itu anda akan perlu terus membayar sehingga akhir kontrak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan umum mengenai program ini, sila e-mel kepada renew.Plus@compasia.com

kontrak

  1. Bolehkah saya menamatkan kontrak saya selepas mendaftar atau semasa tempoh kontrak?

    Penamatan awal dibenarkan, tetapi mesti selepas 12 bulan dari tarikh kontrak dan anda akan tertakluk kepada yuran denda penamatan awal berikut:

    Yuran penalti = (bulanan sewa x baki bulan) + anggaran nilai penggantian (jika berkenaan) + Yuran pentadbiran

  2. Dimanakah saya boleh menyemak butiran kontrak saya?

    Setelah berjaya mendaftar untuk program ini, anda akan menerima kontrak anda melalui e-mel. Segala terma dan syarat program ini akan dinyatakan dalam kontrak.

pembayaran

  1. Adakah terdapat yuran program semasa mendaftar?

    Ya. Terdapat yuran program satu kali dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah ansuran bulanan peranti anda.

  2. Adakah saya perlu membuat bayaran bulanan pertama ketika mendaftar?

    Ya. Anda perlu membuat pembayaran pendahuluan untuk ansuran bulan pertama semasa mendaftar.

  3. Di mana dan bagaimana saya boleh membuat pembayaran pertama?

    Selepas pengesahan pesanan anda, anda akan diarah semula ke gerbang pembayaran iPay88 di mana anda boleh memilih kredit/debit atau FPX (perbankan internet) untuk membuat pembayaran pertama.

  4. Dimanakah saya boleh membuat bayaran yuran bulanan saya?

    Anda akan menerima e-invois setiap bulan dan cuma perlu klik pada pautan URL yang disediakan dalam e-mel, maka anda akan diarah ke gerbang pembayaran iPay88 untuk membuat pembayaran yuran bulanan anda.

    Diskripsi transaksi urus niaga untuk bayaran yuran bulanan akan ditunjukkan sebagai "iPay88" atau "iPay88 * Terra Optimus Pearl Sdn. Bhd." dalam penyata bulanan Bank/Kad.

  5. Apakah yang akan berlaku jika saya terlepas bayaran bulanan saya?

    Anda perlu menyelesaikan jumlah tertunggak secepat mungkin supaya dapat menikmati servis berterusan tanpa sebarang gangguan dengan peranti anda. Anda juga akan menerima peringatan pembayaran melalui e-mel.

bayaran balik

  1. Bolehkah jumlah pendahuluan ansuran bulan pertama dan yuran program yang telah dibayar semasa pendaftaran, dikembalikan?

    Semua urus niaga yang berjaya tidak akan dikembalikan.

  2. Pelanggan membuat 2 bayaran berasingan untuk invois/bil yang sama. Adakah jumlah akan dibawa ke hadapan atau dikembalikan semula?

    Sekiranya pelanggan membuat pembayaran untuk invois yang dikeluarkan, secara automatik rujukan invois tidak akan menerima pembayaran lain dan gerbang pembayaran tidak akan membenarkan transaksi berlaku.

  1. Promosi HANYA untuk ahli PlusOne sahaja
  2. Pelanggan harus menggunakan peranti mudah alih dengan cara yang betul, mengikut arahan/manual operasi untuk peranti mudah alih dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pemilik dari semasa ke semasa.
  3. Pelanggan hendaklah menyimpan peranti mudah alih bersama mereka pada setiap masa.
  4. Pelanggan perlu menjaga peranti mudah alih dengan sewajarnya dan harus memastikan peranti mudah alih mereka tidak dirosakkan dan/atau diubah suai dalam apa jua cara.
  5. Jika berkenaan, pelanggan perlu melakukan penyelenggaraan harian/atau rutin untuk peranti mudah alih menurut rekomendasi, syarat-syarat dan spesifikasi yang dibuat atau ditetapkan oleh pengeluar peranti mudah alih.
  6. Sebarang penanda peraturan atau pensijilan yang dilekatkan pada peranti mudah alih tidak boleh dialihkan, dirosakkan, dikeluarkan atau terhalang.
  7. Pelanggan hendaklah menanggung semua tanggungjawab, liabiliti dan risiko untuk peranti mudah alih.
  8. Pelanggan tidak boleh menggunakan peranti mudah alih untuk tujuan melukis, merekabentuk atau membangunkan apa-apa senjata nuklear atau maut yang mungkin dengan apa-apa cara menimbulkan ancaman atau bahaya kepada negara atau bertentangan dengan mana-mana perundangan atau peraturan.
  9. Peranti mudah alih hanya boleh diperbaiki mengikut arahan dan kehendak Pemilik seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dan sebagaimana akan ditentukan oleh Pemilik dari semasa ke semasa.
  10. Pelanggan tidak boleh, tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pemilik membuat sebarang pengubahsuaian, penambahan atau penambahbaikan kepada peranti mudah alih atau sebarang perubahan susunan kerja atau fungsi peranti mudah alih.
  11. Sebarang tambahan, penggantian atau penambahbaikan yang dibuat kepada peranti mudah alih (dengan atau tanpa kebenaran Pemilik) hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada peranti mudah alih dan menjadi hak milik Pemilik dan oleh itu, tertakluk kepada Perjanjian ini.11. Jika terdapat sebarang perubahan kepada peranti mudah alih yang dilakukan tanpa persetujuan Pemilik, pelanggan hendaklah dengan serta-merta (atas arahan dari Pemilik) mengeluarkan perubahan-perubahan tersebut dan memulih baik keadaan peranti mudah alih kepada keadaan terdahulu atas kos pelanggan.
  12. Jika terdapat sebarang perubahan kepada peranti mudah alih yang dilakukan tanpa persetujuan Pemilik, pelanggan hendaklah dengan serta-merta (atas arahan dari Pemilik) mengeluarkan perubahan-perubahan tersebut dan memulih baik keadaan peranti mudah alih kepada keadaan terdahulu atas kos pelanggan.
  13. Pelanggan dengan ini membenarkan Pemilik untuk memasang aplikasi mudah alih pada peranti mudah alih (di mana berkenaan) bagi tujuan, antara lain, memantau hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran dan kewajipan pelanggan yang lain di bawah Perjanjian ini, mengemaskini pelanggan mengenai apa-apa bayaran yang perlu dibayar kepada pemilik di bawah Perjanjian ini dan melumpuhkan peranti mudah alih jika perlu ("aplikasi mudah alih").
  14. Pelanggan tidak dibenarkan untuk mencalonkan mana-mana orang lain untuk menerima/memungut peranti mudah alih bagi pihak pelanggan. Untuk tujuan penghantaran/pengutipan peranti mudah alih, hanya pelanggan, iaitu orang yang namanya dinyatakan dan didaftarkan dalam borang permohonan, dibenarkan untuk menerima/memungut peranti mudah alih.